Tentang Kami

Kedai ayam penyet yusnain ini bermula daripada perjalanan hidup pengasasnya yang penuh dengan kecekalan dan semangat tidak pernah mengalah. Pada awalnya, pengasas bekerja sebagai seorang tukang welding bagi menyara keluarga. Namun, apabila penglihatan beliau semakin terjejas, beliau tidak lagi mampu meneruskan pekerjaan tersebut.
Sebagai langkah untuk terus berdikari, pengasas mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan makanan. Dengan pengalaman berniaga selama lebih 15 tahun serta sokongan keluarga, kedai ayam penyet yusnain ini dibangunkan berasaskan minat dan keikhlasan dalam menyediakan hidangan untuk pelanggan.


​Encik yusof yang berpengalaman dan sangat berminat dalam membantu ibunya menguruskan sebuah kedai makan sebelum ini lalu menggabungkan kemahiran memasak bersama isterinya. Kemudian pasangan ini mengusahakan kedai ayam penyet yusnain ini bersama. Dalam pada itu, nama kedai ayam penyet yusnain ini juga merupakan gabungan nama pasangan suami isteri iaitu Encik Yusof dan Puan Marhana serta abang Puan Marhana yang turut banyak membantu dalam mengusahakan kedai ayam penyet yusnain ini. Maka gabungan resipi turun-temurun, pengalaman, dan dedikasi keluarga menjadi asas kepada penubuhan kedai ini. Sehingga hari ini, kedai makan ini terus beroperasi dengan mengekalkan kualiti, rasa autentik, dan layanan mesra sebagai keutamaan, demi memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan.